ASPO: Pakar Kaki Palsu Malaysia

ASPO: Pakar Kaki Palsu Malaysia

Tiada Halangan Untuk Hidup Berdikari

Pengalaman Membuat Kaki Palsu Terkumpul Lebih 50 tahun

ASPO Prostetics sentiasa  berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam apa yang kami lakukan, untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan prostetik & ortotik termasuk tangan dan kaki palsu terbaik.

Produk & Perkhidmatan

Kami berbangga dengan apa yang kami lakukan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami yang dihargai. Produk kami terdiri daripada prostesis (termasuk tangan dan kaki palsu), ortosis, bahan & bekalan serta perundingan & peralatan profesional.

Kehilangan anggota badan boleh memberi kesan yang besar terhadap keyakinan dan mobiliti. Menggunakan anggota badan prothetik itu sendiri boleh menjadi cabaran yang agak sukar. Oleh itu, kami di ASPO Prosthetics akan membantu anda berasa selamat dan selesa dari permulaan dan untuk mencapai kehidupan berdikari.

Kami menawarkan pelbagai rawatan individu untuk pelbagai kes, sama ada kecederaan traumatik, gangguan endokrin & peredaran darah, penyakit muskuloskeletal, sistem saraf, dan lain-lain seperti kongenital, kanser dan jangkitan akut. Kami boleh lebih memahami cara memaksimumkan mobiliti dan keselesaan anda sambil memendekkan tempoh pemulihan anda dengan mendengar keperluan, kehendak dan kebimbangan anda. Ini membantu kami mengenali diri anda sepenuhnya.

Selain pakar dalam pertukangan, bahan berkualiti tinggi memainkan peranan penting dalam penghasilan kelengkapan moden untuk klien yang mempunyai batasan fizikal. Jika anda seorang pengamal perubatan, kami boleh membantu menyelesaikan keperluan peralatan, bahan dan fabrikasi anda dengan kualiti dan keselamatan menjadi keutamaan kami.

Dari Meja Pengarang ASPO

FAQs

Dapatkan jawapan bagi soalan lazim yang kerap ditanya oleh pelanggan kami di sini.

Pasukan rehabilitasi adalah pihak yang merancang rawatan untuk meningkatkan prestasi dan meminimumkan ketidakupayaan pesakit.

Hanya apabila anda mempunyai masalah berkenaan dengan alat prostesis anda.

Anda boleh mendapatkan preskripsi daripada doktor anda, atau menghubungi pakar prostetik anda untuk membuat pengubah-suaian yang diperlukan. Anda dinasihatkan untuk tidak mengubah-suai prostesis anda dengan sendiri.

Untuk meningkatkan jangka hayat kaki palsu anda, anda dinasihatkan untuk hanya bermain sukan dengan prostesis sukan. Jika salah satu tujuan utama anda mendapatkan kaki palsu ialah menggunakannya untuk bersukan, anda boleh memohon perskripsi prostesis sukan daripada doktor atau pakar prostetik anda.

Bergantung pada penggunaan, purata jangka hayat prostesis adalah 5 hingga 10 tahun. Untuk memastikan prostesis anda tahan lama, pastikan anda mendapatkan prostesis yang sesuai dengan aktiviti yang anda lakukan.

Testimonial Pelanggan ASPO

Perkhidmatan selepas jualan terbaik adalah jaminan kami. Rata-rata pelanggan kami sangat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. Tak kira dari segi produk tangan dan kaki palsu, barangan orthotik, atau khidmat nasihat daripada pakar kami. Berikut merupakan review ikhlas daripada pelanggan-pelanggan kami sebelum ini.

Yusri Adib
Read More
Experienced, welcoming and friendly service, highly recommended 👍🏼👍🏼👍🏼 …
Hazatul Adwa
Read More
Excellent after-sales service!
fakhrul razi
Read More
Hasil kerja yang terbaik, pekerja semua mesra melayan pesakit yg dtg, berbaloi dtg buat kaki palsu dgn aspo 👍🏻 Terima kasih Aspo
Kalaivani Vedaiyan
Read More
Excellent service and provide good advice on how to take care of the prosthesis and orthosis devices
Alyaa Adnan
Read More
Very informative & quality workmanship. 👍👍👍 …
Previous
Next

Tempah Slot Pakar ASPO
Hari Ini

Scroll to Top