Kamilah ASPO Prosthetics

ASPO Prosthetics & Orthotics TradingPAKAR KAKI PALSU MALAYSIA adalah sebuah syarikat pembuat dan pembekal anggota tiruan serta alatan sokongan perubatan yang bermutu tinggi dengan harga berpatutan.

Syarikat kami ditubuh berasaskan kepada pengetahuan terkini, pengalaman dan inovasi. “ASPO” adalah singkatan daripada “Amputee Services Prosthetics and Orthotics”, yang mana menggambarkan komitmen kami ke arah memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi kepada pesakit dan orang kekurangan anggota, terutama bagi mereka yang kehilangan kaki atau tangan. Peningkatan kes amputasi disebabkan oleh luka kaki diabetik dan kemalangan jalan raya, dan tidak lupa juga mereka yang kekurangan anggota sejak lahir memberi inspirasi kepada kami untuk membantu golongan yang kurang berupaya ini.

Lihat lebih lanjut →

Servis kami

prosthetics icon

Prosthetics

Anggota tiruan anda dijamin kualiti pembuatan dan bahan pembuatan dipilih yang terbaik oleh ahli prostetik terlatih kami.

orthotics

Orthotics

Melalui teknik pembuatan dan teknologi terkini, kami sedia menerima tempahan yang memenuhi keperluan anda.

0

Pelanggan kami yang berpuas hati

testimonial-saiful

Aktiviti seharian saya memerlukan pergerakan yang banyak, contohnya memasang khemah kedai, mengemas tempat perniagaan dan mengangkat periuk yang besar. Walaupun kebanyakan hari saya dihabiskan membuat kerja, saya sangat selesa memakai kaki palsu yang ditempah daripada ASPO.

Saiful

-

Usahawan

testimonial-kee

Saya mengalami banyak masalah dengan kaki palsu saya yang pertama. Ianya kurang selesa sehingga menyebabkan rasa sakit dan luka. Semenjak menggunakan kaki palsu buatan ASPO, saya tiada lagi masalah tersebut, malah boleh membuat kerja di kebun selama lapan jam secara berterusan.

Kee Ah Pian

-

Pengusaha kebun

testimonial-eizlan

Akibat kemalangan jalan raya, kaki kanan saya telah dipotong dari paras atas lutut. Terima kasih ASPO kerana membantu menyediakan kaki palsu yang selesa serta membantu saya dari segi fisioterapi. Kini saya dapat berjalan semula tanpa sebarang masalah atau kesakitan.

Eizlan

-

Peladang sawit

Kami telah berjaya membantu
ratusan orang kurang upaya menjalani kehidupan normal.

Kini tiba giliran anda.

Temui kami